Wang kertas Ringgit_Malaysia

Siri pertama (1967)

Bank Negara Malaysia mula-mula mengeluarkan wang kertas ringgit Malaysia pada Jun 1967, dengan peringkat-peringkat nilai $1, $5, $10, $50 dand $100, diikuti dengan $1000 pada 2 September 1968. Wang kertas Malaysia sejak dahulu sentiasa mengandungi wajah Tuanku Abdul Rahman, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia, serta tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, Gabenor pertama Bank Negara Malaysia. Pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia menerima ejaan baru Bahasa Malaysia dalam pencetakan wang kertas sementara reka bentuknya kekal. Wang kertas dengan ejaan baru itu diedarkan bersama yang dengan ejaan lama.[32]

Siri pertama
ImejNilaiWarna utamaKeteranganTarikh keluaran
HadapanBelakangHadapanBelakang
$1BiruTuanku Abdul RahmanLogo Bank Negara, iaitu Kijang EmasJun 1967
$5Hijau
$10Merah
$50Biru/Kelabu
$100Ungu
$1000Ungu/HijauBangunan Parlimen di Kuala Lumpur2 September 1968
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri kedua (1982)

Siri kedua dikeluarkan dengan reka bentuk hiasan tradisional pada tahun 1982–1984, dalam tingkat-tingkat nilai $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, dan $1000. Wang kertas $20 agak jarang ditemui. Wang kertas siri ini masih ditemui sekali-sekala.

Bentuk benjolan Braille diletakkan pada muka hadapan wang, setiap kiri di bahagian bawah wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, dan RM100 adalah bagi kemudahan orang cacat penglihatan. Di sudut kiri bahagian atas digugurkan pada semakan kedua pada tahun 1986.

Pada tahun 1999, wang kertas RM500 dan RM1000 dinyahwangkan disebabkan krisis kewangan Asia 1997 apabila sejumlah besar wang ringgit dibawa keluar dari negara dan ditukarkan dalam bentuk wang kertas berkenaan. Kesannya, wang-wang kertas ini ditarik keluar dari edaran dan jumlah ringgit yang dibawa keluar dari negara dalam bentuk wang kertas terhad kepada RM1000 seorang.

Pada tahun 1993, wang kertas $1 diberhentikan dan diganti dengan syiling $1.

Siri kedua (a)
ImejNilaiWarna utamaKeteranganTarikh keluaranCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
$1BiruTuanku Abdul RahmanTugu Negara1984dengan tanda buta.
$5HijauIstana Negara Lama1984
$10MerahStesen Keretapi Lama Kuala Lumpur1983
$20Perang/putihIbu pejabat Bank Negara Malaysia1982
$50Biru/kelabuMuzium Negara1983
$100UnguMasjid Negara1983
$500JinggaBangunan Sultan Abdul Samad1982
$1000Biru/hijauBangunan Parlimen1984
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.
Siri kedua (b)
ImejNilaiWarna utamaKeteranganTarikh keluaran
HadapanBelakangHadapanBelakang
$1BiruTuanku Abdul RahmanTugu Negara di Kuala Lumpur1986
$5GreenIstana Negara Lama1986
$10RedStesen Keretapi Lama Kuala Lumpur1986
$20Perang/putihIbu pejabat Bank Negara Malaysia1986
$50Biru/kelabuMuzium Negara1986
$100UnguMasjid Negara1986
$500JinggaBangunan Sultan Abdul Samad1986
$1000Blue/greenBangunan Parlimen1986
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri ketiga (1996)

Contoh wang kertas ringgit siri ketiga

Siri wang kertas ketiga dikeluarkan dengan reka bentuk yang bersemangat Wawasan 2020 pada tahun 1996–1999 dalam peringkat-peringkat nilai RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Wang kertas RM50 dan RM100 dilengkapi dengan jalur holografik untuk mencegah pemalsuan wang.

Pada tahun 2000, wang kertas RM1 diperkenalkan semula, ditambah dengan wang kertas RM2 yang kekal sebagai wang sah, dan juga syiling RM1. Syiling RM1 akhirnya dimansuhkan dan dinyahwang pada 7 Disember 2005.

Pada tahun 2004, Bank Negara mengeluarkan wang kertas RM10 yang baru dengan ciri-ciri keselamatan tambahan termasuk jalur holografik yang dinikmati oleh wang kertas RM50 dan RM100 notes. Juga diperkenalkannya wang polimer RM5 dengan jendela lutsinar. Kedua-dua wang kertas baru ini amat seiras dengan reka bentuk masing-masing yang asal dalam siri ketiga. Menurut Bank Negara, semua wang kertas akan dimansuhkan dan diganti dengan wang polimer.

[33]Siri ketiga
ImejNilaiDimensiWarna UtamaKeteranganTarikh keluaranStatusCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
RM1120 × 65 mmBiruTuanku Abdul RahmanGunung Kinabalu, Gunung Mulu dan wau bulan8 November 2000Dalam edaranKertas
RM2130 × 65 mmUngu lembutMenara Kuala Lumpur dan satelit MEASAT5 Februari 1996Ditarik balikKertas
RM5135 × 65 mmHijauKoridor Raya Multimedia, KLIA dan Menara Berkembar Petronas27 September 1999Ditarik balikKertas
26 Oktober 2004Dalam edaranPolimer (Polipropilena terorientasi secara dwipaksi)
RM10140 × 65 mmMerahTren Putra LRT, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan kapal MISC19 Januari 1998Ditarik balikKertas (tanpa jalur holografik)
5 Januari 2004Dalam edaranKertas (dengan jalur holografik)
RM50145 × 69 mmBiru/KelabuPerlombongan, pelantar minyak Petronas20 Julai 1998Dalam edaranKertas (dengan jalur holografik)
RM100150 × 69 mmUnguBarisan pemasangan kereta dan enjin kereta Proton26 Oktober 1998Dalam edaranKertas (dengan jalur holografik)
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri keempat (2008, 2012)

Pada awal tahun 2008, Bank Negara mengeluarkan satu lagi wang kertas RM50 dengan reka bentuk baru, yang diedarkan mulai 30 Januari 2008. Sebelum itu, 20,000 lagi wang kertas sedemikian dalam pembungkusan khas diedarkan oleh pihak bank pada 26 Disember 2007.

Wang kertas RM50 yang serba baru ini mengekalkan warna utama hijau-biru, tetapi direka dengan tema baru, yakni "Misi Nasional", yang menyampaikan hasrat Malaysia untuk "meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara", sejajar dengan transformasi ekonomi Malaysia ke arah kegiatan yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor-sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan dalam ekonomi. Potret ukir benam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman, dikekalkan di bahagian kanan sementara bunga kebangsaan, iaitu bunga raya, ditampilkan di tengah muka hadapan wang kertas. Corak-corak anyaman songket pada latar belakang dan sisi wang kertas ini, ditampilkan untuk mencerminkan kraf tangan dan sulaman tekstil Melayu tradisional.[34]50 juta helai wang kertas RM50 baru yang pertama menampilkan gambar Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, memasyhurkan kemerdekaan Tanah Melayu, dan juga logo sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 di muka belakang.[34] Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas ini ialah potret tera air Yang di-Pertuan Agong, jalur keselamatan, tulisan huruf mikro, unsur-unsur pendarfluor yang hanya kelihatan di bawah cahaya ultraungu, imej terpendam berwarna-warni yang berubah warna apabila dipandang dari sudut yang berbeza, dan jalur holografik di sisi wang kertas serta imej yang hanya kelihatan melalui kesan moiré demi mencegah pemalsuan secara fotokopi.[34] Pengedaran edisi pertama wang kertas RM50 yang baru ini terpaksa dikurangkan oleh Bank Negara disebabkan banyaknya mesin juruwang automatik yang tidak dapat menerimanya. Pada 15 Julai 2009, Bank Negara mengeluarkan semula siri baru ini untuk edaran umum, tanpa logo Ulang Tahun ke-50 itu. Edisi ini disertakan dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, seperti unsur pendarflour nombor dwiwarna dan gentian keselamatan.[35]

Pada Mei 2011, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri wang kertas yang baru sebagai ganti siri ketiga. Antara yang menarik ialah kembalinya wang kertas RM20 yang tiada dalam siri ketiga.[36] Reka bentuk baru ini diumumkan pada 21 Disember 2011, dan wang-wang kertas ini dijangka beredar pada separuh kedua tahun 2012. Wang kertas siri baru ini adalah wang sah dan akan beredar di samping siri yang sedia ada, tetapi siri ketiga bakal dilupuskan secara beransur-ansur. Semua peringkat nilai dalam siri ini akan mengekalkan potret Tuanku Abdul Rahman.[37] Wang kertas ini dibekalkan oleh Crane AB dari Sweden, Giesecke & Devrient GmbH dari Jerman, Oberthur Technologies dari Perancis dan Orell Fussli dari Switzerland.[30]

Siri keempat[38]
ImejNilaiDimensiWarna utamaSubstratKeteranganTarikh keluaranCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
RM1150 × 69 mmBiruPolimerTuanku Abdul Rahman dengan bunga kebangsaan, bunga rayaWau bulan16 Julai 2012Dalam edaran
RM5135 × 65 mmHijauBurung kenyalang16 Julai 2012Dalam edaran
RM10140 × 65 mmMerahKertasRafflesia16 Julai 2012Dalam edaran
RM20145 × 65 mmJinggaPenyu sisik dan penyu belimbing16 Julai 2012Dalam edaran
RM50145 × 69 mmBiru hijauPerdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pokok kelapa sawit15 Julai 2009Dalam edaran
RM100150 × 69 mmUnguGunung Kinabalu dan formasi batu lembah Gunung Api16 Julai 2012Dalam edaran
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Kenang-kenangan

Wang kertas kenang-kenangan juga dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Sempena Sukan Komanwel 1998 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, keluarnya wang polimer RM50 istimewa yang jarang sekali kelihatan dalam kegunaan am disebabkan kegunaannya sebagai bahan kenang-kenangan. Wang kertas ini dicetak oleh Note Printing Australia (NPA).

Bagi siri keempat, para pelanggan juga dapat membelinya dalam tiga set yang berbeza: sepasang wang RM1 dan RM5, satu set wang RM1, dan set penuh wang RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Wang kertas RM50 tiada lagi membawa logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50.

Kenang-Kenangan
ImejNilaiDimensiWarna UtamaKeteranganTarikh keluaranCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
RM50152 × 76 mmKuning dan hijauTuanku Abdul Rahman, latar langit Kuala Lumpur (dengan Menara Berkembar Petronas)Kompleks Sukan Bukit Jalil1 Jun 1998Polimer (Polipropilena terorientasi secara dwipaksi)
RM50145 × 69 mmBiru dan hijauTuanku Abdul Rahman dengan bunga rayaTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan logo Hari Kemerdekaan ke-50, pokok kelapa sawit26 Disember 2007Siri keempat kenang-kenangan tidak lagi dikeluarkan, dikenali dengan tepi kuning di kedua-dua sisi (AA 0000001 hingga AA 0020000). Awalan AA 0020001 hingga AE untuk edaran umum.
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Rujukan

WikiPedia: Ringgit_Malaysia http://www.abs-cbnnews.com/business/03/05/13/food-... http://www.atimes.com/atimes/China/GG23Ad05.html http://www.bangkokpost.com/business/news/368332/th... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&si... http://nasional.kompas.com/read/2014/03/15/1244588... http://www.numismaster.com/ta/numis/Article.jsp?ad... http://mercuguinness.tripod.com/mercuguinness.html... http://www.x-rates.com/cgi-bin/hlookup.cgi http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1995.html http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1997.html